LAMAN UTAMA | BERITA | GALERI | PENCAPAIAN | PAUTAN | MUAT TURUN | PETA LAMAN | HUBUNGI KAMI

Pengenalan SKSI

Info Terkini

Ruangan Chat
 

Maklumat

 
Ranking My Top School

Ranking MyTopSchool

Aplikasi Waktu Solat
 


Hadith Hari Ini
 


Jumlah Capaian

website stats
View My Stats

Tarikh kemaskini:
31/01/2010
 









 


 
Laman Utama
>>
Perutusan Guru Besar



Puan Hajah Roslina binti Hj. Hashim
Guru Besar SK Saujana Impian

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita mewujudkan laman web sekolah sendiri yang telah lama kita rancang. Semoga keredhaan Allah dalam pelaksanaan aktiviti ini akan membuahkan hasil yang sangat baik untuk anak didik SK Saujana Impian ini.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak PIBG sekolah terutamanya YDP PIBG, Tuan Hj. Abdul Rahman serta ahli jawatankuasanya kerana memberi bantuan daripada segi kewangan dan moral kepada sekolah untuk melaksanakan projek ini. 

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada AJK Pelaksana laman web sekolah yang terdiri daripada guru-guru yang bertungkus lumus bagi menjayakan projek ini. Usaha-usaha bagi pelaksanan sesuatu projek memerlukan pengorbanan daripada semua pihak dan ternyata pengorbanan ini membuahkan hasil yang memberangsangkan terutama terhadap pembangunan akademik, ko-kurikulum seterusnya disiplin pelajar.

Semoga dengan adanya laman web ini dapat memperkenalkan sekolah ini ke seluruh dunia disamping membawa sekolah seiring dengan arus perkembangan  IT.

Sekali lagi syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. Sesungguhnya Tuhan akan memberkati.

Seterusnya sempena Tahun Baru 1431 Hijrah dan Tahun 2010 Masihi, diharapkan semua warga SKSI akan terus berusaha dan bekerjasama untuk memastikan kecemerlangan yang dikecapi akan berterusan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekian, terima kasih.

 

 

 

Hakcipta Terpelihara SKSI © 2008

Laman Web ini ditaja oleh Persatuan Ibu Bapa Penjaga dan Guru (PIBG) SKSI

PENAFIAN: Pihak Sekolah tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.