BERITA SEKOLAH

ithinkfrog

PERMOHONAN KEMASUKAN KEMASUKAN PELAJAR TAHUN 1 - 2016 SECARA ONLINE

Permohonan dibuat melalui aplikasi atas talian (on-line) oleh ibu/bapa penjaga dan pihak sekolah mulai 1 Mac 2015 - 30 April 2015 melalui pautan berikut: http://apps.moe.gov.my/esppsel/

Ibu bapa/ Penjaga boleh membuat semakan kronologi dan status  Permohonan secara online melalui modul semakan status permohonan. 

Takwim Proses Permohonan Online Negeri Selangor adalah seperti berikut:

Pendaftaran Online                                                      > 1 - 30 April
Perakuan(Datang ke sekolah yang telah dimohon)      > Dalam Tempoh 14 Hari selepas pendaftaran
Sekolah ditempatkan                                                    > Selepas 16 Julai
Pengesahan Penempatan                                            > 1 - 30 Ogos
Rayuan                                                                         > 1 - 30 September
Keputusan Rayuan                                                       > Selepas 15 November
Pendaftaran Murid                                                        >  Januari 2016

 

Jadual Baru untuk Sesi Persekolahan 2015

Jadual ini akan mula berkuatkuasa pada 24 Februari 2015 (Selepas Cuti Tahun Baru Cina).
Sila Klik Pada Kelas yang diingini untuk dimuat turun dan dicetak:

| Tahun 1 | Tahun 2 | Tahun 3 | Tahun 4 | Tahun 5 | Tahun 6 |

Untuk Jadual Guru dan Kelas keseluruhan
sila klik pada link berikut: Jadual SESI PAGI dan Jadual SESI PETANG

LINK ANALISIS e-PELAPORAN PROGRAM j-QAF PPD HULU LANGAT TAHUN 2014

Sila Klik : Analisis Sistem e-Pelaporan PPD Hulu Langat Tahun 2014

MESYUARAT AGUNG PIBG SKSI KALI KE-18

1) Mesyuarat Agung PIBG SKSI KALI KE 18 pada 7 Februari 2015 telah membuat pemilihan AJK PIBG yang baru sila rujuk: PIBG SKSI

 

Takwim SK Saujana Impian Sebelum Pembukaan Sekolah Sesi 2015

1. Mesyuarat Guru kali 1/2015 - 22.12.2014 (Isnin)

2. Mesyuarat Induk Kurikulum Kali 1/2015 dan Mesyuarat Agong BKGK - 23.12.2014 (Selasa)

3. Mesyuarat Induk Ko Kurikulum dan Hal Ehwal Murid Kali 1/2015 - 24.12.2014 (Rabu)

4. Hari Keluarga SKSI - 24.12.2014 (Rabu)

5. Mesyuarat Pusat Sumber Kali 1/2015 - 26.12.2014 (Jumaat)

6. Mesyuarat Panitia-Panitia dan Mesyuarat Khas UPSR 2015 - 29.12.2014 (Isnin)

7. Mesyuarat Panitia-Panitia - 30.12.2014 (Selasa)

8. Mesyuarat Lembaga Peperiksaan - 31.12.2014 (Rabu)

Keputusan UPSR 2014

Keputusan Keseluruhan: 95.3 % (Tempat Ketiga Negeri Selangor)

GPS : 1.70 Bil. 5A : 24 orang

Keputusan Penuh:


BM Penulisan
: 99.0 % BM Pemahaman : 99.5 % Bahasa Inggeris : 100 %

Sains : 97.4 % Matematik : 97.4 %

Tahniah kepada murid Tahun 6 dan Warga SK Saujana Impian atas kejayaan tersebut.

PIBG SK Saujana Impian Telah Mendapat Tempat Ke-3 Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Negeri Selangor

Tahniah diucapkan kepada Tn. Hj Zulkarnain bin Saim dan pasukan AJK PIBG SKSI atas penganugerahan tersebut. Semoga dengan penganugerahan tersebut menjadikan pemacu kepada kejayaan akan datang.

SK Saujana Impian Telah Dianugerahkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

Tanggal 30 Oktober 2014, SK Saujana Impian telah dianugerahi Anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kohort 5 2014 yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Yassin di Audiotorium Bahagian Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara, di Kuala Lumpur. Tahniah kepada seluruh guru-guru dan warga sekolah sekalian. Keterangan tentang SBT sila klik Sekolah Berprestasi Tinggi. Maklumat Etos dan Kebitaran Sekolah SKSI.

Program Sihathon 2.0 SK Saujana Impian

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan komitmen semua pihak dalam menyokong penganjuran program pada kali ini. Terima kasih juga kepada warga sekolah dan pihak yang menyumbangkan untuk dana menaiktaraf dewan terbuka dan kemudahan sekolah yang sehingga kini mengumpul RM 65,000.00.

Pendaftaran Program VLE FROG (untuk Ibu Bapa) Sila dapatkan ID anda melalui Klik di sini Daftar. Untuk maklumat lanjut mengenai VLE Frog sila layari laman sesawang http://1bestarinet.net/

Aktiviti Sekolah

1) Kelas Bahasa Ibunda (POL) Bahasa Tamil - Akan dimulakan pada bulan Februari setelah mendapat kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Selangor.

Info Sekolah Baru Muat Turun Info Bil. 1 2014

Muka Baru Laman Sesawang SKSI Sempena tahun baru 2014, pihak webmaster menukar paparan laman sesawang sekolah. Sebarang cadangan dan penambahbaikan sila email ke: rebung77@gmail.com

 

Info PIBG Program Sarana Ibu Bapa

 

STATISTIK Terkini

 

APLIKASI GURU

apdm
epenyata
eoperasi
splg
epangkat
sppbs
hrmis
emis
sps

 

APLIKASI MURID DAN IBUBAPA

JPS FB frog  

 

 

Template diperolehi daripada free website templates